- CERITA MONYET SESAT -

- CERITA MONYET SESAT -

" BLACK "

Satu pagi tu, macam biasa lah aku warm up sebelum siap-siap untuk pegi kerja.. then tetibe aku terdengar bunyi anak anjing menyalak.. aku cari bunyi tu, rupanya bunyi tu datang dari arah depan rumah akuu ..

okay 1st step aku cuba untuk dekat dengan anak anjing tu.. alahaiii.. rupanya ada orang buang anak anjing ni.. anak anjing ni di letakkan dalam 1 bungkus plastik hitam dan lehernya diikat dengan segulung wayar besi dan ditambat pada sebatang tiang elektrik.. anak anjing yang sangat comel tu menyalak tanpa henti maybe dalam ketakutan kot sambil meminta simpati orang yang lalu kat situ.. Ya Allah.. kesian sangat.. 

Dengan rasa simpati yang sangat tebal, aku cuba untuk mendekati anak anjing itu dengan niat untuk menolong.. sebenarnya aku takot anjing taw tapi tak tahu la kenapa kali ni aku macam berani jee.. hmmm.. maybe tuhan dah buka hati aku kott :)


aku lepaskan ikatan wayar pada leher anak anjing tu.. anak anjing tu sangat comel dan manja.. aku try pegang dan dokong anak anjing tersebut.. aku tertanya kenapa lah ada manusia yang sanggup buang anak anjing secomel ini.. aku kesian tengok anjing ni mungkin lapa setelah di buang oleh pihak yang tak bertanggungjawab tu.. aku amek keputusan untuk tak pegi kerja demi nak uruskan anak anjing tersebut harini.. then aku pegi belikan makanan dia dekat pet shop yang berhampiran.. sambil bertanya kalau-kalau pet shop tersebut sudi mengambil anak anjing ini kerana sudah semestinya aku tak bole bela anak anjing ni.. merata aku pegi demi untuk cari tuan baru untuk anak anjing ini.. tuhan je tahu dugaan tu..


hari-hari yang aku lalui sangat ceria dengan adanya anak anjing ini.. dua hari berturut-turut aku bawa anak anjing ni berjogging bersama aku.. setelah 4 hari menjaga anak anjing ini, akhirnya aku dapat cari tuan baru untuk anak anjing ini.. tuan pada anak anjing ini merupakan kawan aku sendiri.. dia chinese dan kami satu kelas waktu sekolah dulu.. semestinya aku sedih sebab aku dah mula sayang pada anak anjing yang ku beri nama Black ini.. setelah semua urusan aku selesai, aku hantar Black ke rumah kawan aku.. sumpah aku sedih waktu nak serahkan Black pada dia.. 


aku janji pada Black, walaupun Black dah dapat tuan baru aku tetap akan pergi tengok Black seminggu sekali.. moga Black bahagia dengan tuan barunya :'(