Hi to all :) lama tak post something ni but today aku ada post utk korang.. Cerita ni terjadi pada 2 hari lepas..
Kisah ni terjadi waktu petang dalam pukul 4 atau 5 gitu lah.. Biasalah kalau aku tak ada kerja aku akan tidur petang.. Tengah syok aku lena tibe adik aku main serbu bilik dan kejut dengan menjerit-jerit! Haihh aku memang pantang orang jerit-jerit ni, aku boleh mati cepat kalau hidup dengan orang yg hobinya menjerit.. The lucky is nasib baik adik aku ni jarang jugalah menjerit..
Okayy! Lepas dia kejut of course la aku ni mamai-mamai lagi.. Aku kata pada si adik “cakaplah apa kau nak cakap, aku nak tido.” Maybe dia benggang kot dan aku tak sangka lepas beberapa saat aku terasa basah macam dijirus.. Aku terus bangun even still tak buka mata dan kali ini aku pulak yang nak memekak pada dia tapi belum sempat aku bukak mulut, dia dah jerit dulu cakap “Baby tweety dengan adek beradik dia kena bakar” dan aku sangat-sangat terkejut terus lompat katil capai fone dan lari pegi tengok kucing..
Sesampai di tempat aku dirikan sangkar untuk baby tweety and the geng tu aku tengok orang dah ramai menolong padamkan api tapi baby tweety and the geng tu dah tak ada kat situ.. Maybe dah lari selamatkan diri dan sangat takit waktu tu.. Sangkar tu dah hangus, tempat tu pun dah terok terbakar.. Otak aku mula bercelaru pikirkan nasib si baby tweety and the geng tu.. Dalam hati aku tak putus berdoa agar Baby tweety and the geng tu selamat hendaknya.. Tak lama lepas api dah berjaya dipadam, aku dan adik pergi tinjau keliling rumah untuk cari baby tweety ang the geng tu.. Tapi tak jumpa dan aku rasa menyesal sangat sebab tidur petang tadi..
Lalu aku duduk termenung bayangkan nasib anak-anak kucing tu sambil tak putus berdoa.. Tiba-tiba aku terdengar suara anak kucing yang sangat aku kenal suara tu.. Baby tweety keluar dari tempat persembunyiannya dan berjalan datang ke aku.. Mula-mula hanyababy tweety dan kemudian keluar lagi dua geng dia dari tempat persembunyian yang sama.. Perasaan happy campur sedih semua ada.. Happy sebab baby tweety and the geng selamat tapi sedih sebab semua luka teruk tapi baby tweety paling teruk.. Aku menangis tanpa aku sedar :')
Selepas beberapa minit, mak abah aku balik sebab maybe atok aku dah call dorang dan bagitau kejadian yang menimpa anak-anak kucing kesayangan dia ni.. Mak abah terus bawak baby tweety and the geng pegi Clinic Vet.. Nasib baik Clinic ni tak jauh dari rumah dan memang sejak turun temurun pets yang kami bela semua dihantar ke sana kalau ada masalah.. Sesampai di clinic docter sendiri tekejut tengok apa yang dah jadi pada baby tweety ang the geng tu.. Subahanallah..
Okay lepas check and inject painkiller pada baby tweety and the geng.. Doc kata baby tweety kena duduk wad untuk beberapa hari bagi pemeriksaan lanjut.. Kami tawakal dan berserah.. Yang lagi dua tu boleh balik rumah tapi kena bagi makan ubat tiap hari.. Alhamdulillah yang lagi dua dah nampak perubahan positif dalam masa dua hari ni.. Even masih luka tapi dia masih kuat untuk lari dan bermain sesama sendiri..
Mesti korang nak tau siapa yang bakar kucing-kucing ni kan? Okay sebenarnya orang yang bakar kucing ni adalah seorang budak yang berumur enam tahun.. Budak perempuan ni memang ada mental problem sikit sebab dia memang suka bunuh kucing.. Sometime kucing dari mana entah dia curi bawak balik rumah dia dan dia bunuh.. Cara dia membunuh adalah dengan cara membaling kucing tu kat dinding batu, longkang atau mencekik leher kucing tu sampai mati atau merendam kucing tu dalam air.. Ya Allah zalim kan dia? Kadang-kadang budak ni duduk sorang-sorang depan rumah dia dan cakap sorang-sorang.. Dan dia mempunyai tabiat yang suka membuang najis merata-rata.. i mean dia tak akan ke tandas tapi dia akan ke tepi longkang, tepi pokok atau tepi rumah orang.. Kami jiran-jiran sini dah tak tau nak buatapa lagi sebab kalau dib beritahu keluarganya akan anggap ini satu tuduhan dan ajak bergaduh.. Dahsyat tak??
Tuhan tu maha kaya dan maha adil.. Biar Tuhan tentukan segalanya, mungkin apa yang jadi ni ada hikmah siapa tahu kan.. Tengoklah gambar-gambar kucing yang teranaya ni.. Jadikan kisah aku ni sebagai pengajaran hidup korang okay?




