- CERITA MONYET SESAT -

- CERITA MONYET SESAT -

ibuku seorang pembohong



Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah kebenarannya..
ibuku memang seorang pembohong! sepanjang ingatan aq, sekurang-kurangnya 7 kali ibu telah membohongi aq.. aku catatkan setiap pembohongan ibuku untuk menjadi renungan anda sekalian..


Cerita ini bermula ketika aq masih kecil.. aq dilahirkan sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang sangatdaif.. makan minum serba kekurangan.. kami sering kelaparan.. ada kalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi satu keluarga..
sebagai anak yang masih kecil, aq sering saja merungut.. aq selalu menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak.. tapi ibu pandai memujuk.. ketika makan, ibu sering berikan bahagian nasinya untuk aq.. sambil memindahkan nasi ke pinggan aq, ibu berkata : "MAKAN LAH NAK, IBU TAK LAPAR.."
PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA..


Ketika aq mulai membasar, ibu gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah usang kami.. ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat
 memberi sedikit makanan untuk pembesaran kami adik beradik..
pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan sungguh mengundang selera.. sewaktu aq leka menikmati gulai tersebut,ibu duduk di samping kami adik beradik dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang hasil daripada bekas sisa ikan yang aq makan tadi..
sedih hati melihat ibu seperti itu, lalu dengan menggunakan sudu, aq berikan ikan itu kepada ibu.. tetapi ibu cepat menolaknya.. ibu berkata : "MAKANLAH NAK, IBU TAK SUKA MAKAN IKAN.. "
PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA..


Di usia awal remaja, aq masuk ke sekolah menengah.. ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan aq,abang dan kakak.. pada suatu hari di lewat tengah malam, lebih kurang pukul 1.30 pagi, aq terjaga dari tidur.. aq melihat ibu sedang leka membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya.. beberapa kali aq melihat kepala ibu terhangguk kerana terlalu mengantuk.. aq berkata kepada ibu : "IBU TIDURLAH, ESOK PAGI IBU KENA PERGI KEKEBUN PULA.." ibu hanya tersenyum dan berkata : "CEPATLAH TIDUR NAK, IBU MASIH BELUM MENGANTUK LAGI.."
PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA..

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani aq pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.. ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus bersabar menanti aq di luar dewan.. ibu sering tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar aq lulus peperiksaan ini dengan cemerlang..
ketika lonceng berbunyi menandakan waktu ujian telah tamat,ibu dengan segera menyambut aq dengan penuh gembira dan menuangkan secawan kopi yang telah disiapkan dalam botol yang dibawanya.. kopi kental ini tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental ini..
melihat ibu di basahi peluh, aq segera memberikan cawan aq kepada ibu dan menyuruh ibu minum.. tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "MINUMLAH NAK, IBU TAK HAUS LAGI.."
PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT..


Setelah abang dan kakak aq habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua di mamah usia.. kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah.. tetapi ibu berkeras tidak mahu.. ibu rela ke pasar setiap hari untuk menjual sayur bagi memenuhi keperluan hidupnya..
kakak dan abang yang bekerja jauh di ibu kota sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluab ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tak mahu menerima wang tersebut.. malahan ibu mengirimkan semula wang tersebut kepada mereka dan ibu berkata : "JANGAN SUSAH-SUSAH, IBU ADA DUIT.."
PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA..


Setelah tamatpengajian di universiti, aq melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.. pengajian aq di sana di biayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.. sarjana itu aq sudahi dengan cemerlang, kemudian aq pun telah di ambil bekerja dengan syarikat yang telah membiayai kos pengajian aq di luar negara..
dengan gaji ayng lumayan, aq berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.. pada pandangan aq, ibu sudah puas bersusah payah untuk menyara kami anak beranak.. habis seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari tua nya ini di habiskan pula dengan keceriaan dan keindahan pula..
tetapi ibu yang baik hati ini menolak, ibu tak mahu menyusahkan anaknya dengan berkata : "TAK PAYAHLAH, IBU TAK BIASA TINGGAL DI NEGARA ORANG.. "
PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM..


Beberapa tahun lalu, ibu semakin uzur.. suatu malam  aq menerima panggilan yang mengatakan ibu di serang penyakit kanser.. ibu mesti di bedah secepat mungkin.. aq ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta..
aq melihat ibu sudah terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.. ibu yang kelihatan sangat tua menatap wajah ku dengan penuh kerinduan.. ibu menghadiahkan aq sebuah senyuman yang tidak dapat di nilai dengan wang ringgit biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. aq dapat melihat dengan jelas bertapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi kurus dan terlalu lemah..
aq menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata.. aq mencium tangan ibu, kemudian aq kucup pipi dan dahinya.. di saat itu hati aq terlalu sedih, sakit melihat ibuku dalam keadaan seperti ini.. tetapi ibu masih tetap tersenyum padaku sambil berkata : "JANGAN MENANGIS NAK, IBU TAK SAKIT.."
PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH..




Setelah mengucapkan pembohongannya yang ketujuh ini, ibunda tercinta terus menutupkan matanya untuk selama-lamanya..
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah.. anda boleh memeluk dan mencium mereka.. kalau ibu anda berada jauh di mata, anda masih boleh menghubunginya dan berkata : "IBU, SAYA SAYANGKAN IBU.." tapi itu semua tidak lagi bagi aq..
Sehingga kini aq diburu rasa bersalah yang teramat kerana biarpun aq sungguh mengasihi ibuku lebih dari segala-galanya tetapi aq tidak pernah membisikkan kaka-kata itu ke telinga ibuku sehinggalah ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir..
IBU, MAAFKAN LAH AKU.....
Saya sayang ibu saya ...






Oleh :
-ANAK MU-

No comments:

Post a Comment