Mak Abah 😂
Dulu mak abah yang masakkan makanan untuk isi perot kami setiap hari, sekarang giliran kami adik beradik pula yang masakkan untuk isi perot mak abah.
Dulu mak abah yang ketipkan kuku kami adik beradik, sekarang giliran kami adik beradik pula yang ketipkan kuku mak abah.
Dulu, kini dan selamanya, kasih sayang makin bertambah dari saat ke saat. Kasih sayang mak abah kepada kami dan juga kasih sayang kami kepada mak abah. Cinta kami makin bertambah. Insyallah 😁
Terima kasih Allah kerana telah kurniakan mak abah yang terbaik untuk kami adik beradik. Terima kasih Allah kerana telah berikan kami adik beradik kesempatan untuk menjaga mak abah kami.
Mungkin segala jasa mak abah tak akan terbalas tapi kami tetap panjatkan kesyukuran atas segala apa yang telah dikurniakan.
Alhamdulillah....

